In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd.

Menunaikan ibadah umrah adalah pengalaman yang sangat bermakna bagi setiap umat Islam. Sepanjang perjalanan ini, terdapat pelbagai aktiviti yang membawa jemaah lebih dekat kepada Allah SWT, serta mempereratkan hubungan sesama jemaah. Berikut adalah momen-momen bermakna yang sempat dirakam sepanjang ibadah umrah.

Keberangkatan ke Tanah Suci

Suasana penuh keterujaan dan kegembiraan dapat dirasai ketika jemaah bersiap untuk meninggalkan tanah air. Doa dan ucapan selamat turut mengiringi mereka.

Bagi kebanyakan jemaah, ini adalah pengalaman pertama mereka menunaikan ibadah umrah, menjadikan detik sebelum keberangkatan sangat bermakna. Wajah penuh harapan dan doa yang dipanjatkan melambangkan niat suci untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

Ketibaan di Jeddah

 Keindahan kota Mekah dan Madinah menambah rasa syukur dan kebahagiaan para jemaah. Sebaik sahaja tiba, jemaah terus bersiap untuk menunaikan umrah wajib. Mereka memulakan dengan niat di Miqat sebelum menuju ke Masjidil Haram untuk melaksanakan tawaf mengelilingi Kaabah.

Rasa kagum dan sebak menyelubungi hati apabila melihat Kaabah buat kali pertama, menjadikan setiap doa yang dipanjatkan terasa lebih bermakna. Selepas tawaf, jemaah menunaikan solat sunat di kawasan yang tersedia, diiringi rasa syukur atas kesempatan berada di rumah Allah SWT.

Ziarah sekitar Madinah

Madinah kaya dengan tempat-tempat bersejarah yang penuh makna bagi umat Islam. Antara tempat ziarah termasuklah Thaqifah Bani Sa’idah yang merupakan salah satu lokasi penting di mana Abu Bakar As-Siddiq dilantik sebagai khalifah pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

Jemaah juga berpeluang menziarahi Masjid Ghamamah, Perkuburan Baqi, Masjid Abu Bakar serta banyak lagi tempat ziarah yang lain. Setiap lokasi ini memberikan peluang untuk mengenang perjuangan para sahabat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Tawaf dan Saie

Tawaf dan sa’i adalah rukun utama dalam ibadah umrah. Bagi jemaah, tawaf dan sa’i bukan sekadar ibadah fizikal, tetapi juga peluang untuk merasakan kedekatan dengan Allah SWT. Setiap langkah tawaf yang dilakukan, serta saie dapat memperkuatkan ikatan rohani antara hamba dan Tuhan.

Keadaan yang tenang dan suasana di sekitar Kaabah, ditambah dengan doa-doa yang dipanjatkan, membuatkan ibadah ini menjadi pengalaman yang amat mendalam bagi setiap jemaah.

Ziarah Luar Madinah

Ziarah luar Madinah menawarkan pengalaman yang istimewa dengan tempat-tempat bersejarah yang penuh makna. Masjid Quba adalah masjid pertama yang dibina oleh Nabi Muhammad SAW, dan ia menjadi tumpuan bagi mereka yang ingin menunaikan solat sunat.

Selain itu, para jemaah juga dapat berkunjung ke Bukit Uhud dan Pasar Kurma yang terkenal dengan pelbagai jenis kurma segar dan berkualiti tinggi. Masjid Qiblatain dan Masjid Nabawi pula menjadi destinasi utama bagi jemaah yang ingin beribadah dan menziarahi tempat-tempat suci di Madinah.

Santai dan Makan Bersama

Petugas juga mengiring jemaah ke pelbagai tempat menarik untuk menikmati waktu santai termasuk berpeluang menaiki Hada Cable Car dan berkunjung ke pasar buah. 

Selain itu, jemaah dapat menikmati hidangan nasi arab yang disediakan. Kilang Ros di Taif turut menjadi destinasi menarik, di mana jemaah dapat melihat proses pembuatan produk berasaskan bunga ros. Dengan banyaknya tempat menarik yang dikunjungi, setiap pengalaman bersama Insaff Travel pasti memberikan kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Menunaikan ibadah umrah bukan sahaja pengalaman bermakna tetapi juga peluang untuk memperkukuhkan ukhuwah Islamiah. Setiap langkah, doa, dan aktiviti meninggalkan kesan mendalam dalam hati setiap jemaah.

Share the Post:

Related Posts

Cara Rayuan Haji

Bagi bakal jemaah haji yang ingin membuat rayuan haji, aplikasi THiJARI oleh Tabung Haji memudahkan proses ini. Dengan hanya beberapa

Read More