In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd.

Perbezaan Visa Umrah dan Visa Pelancong

Bagi mereka yang merancang untuk menunaikan Umrah atau melancong ke Arab Saudi, adalah penting untuk memahami perbezaan antara Visa Umrah dan Visa Pelancong. Kedua-dua visa ini mempunyai keperluan, tujuan, dan keistimewaan tersendiri. Memilih visa yang sesuai bergantung kepada jenis perjalanan anda dan keperluan yang ditetapkan.

Visa Umrah

  • Di bawah selia Kementerian Haji dan Umrah
  • Single Entry
  • Tidak timbul isu mahram lagi
  • Bagi tujuan Umrah dan Ziarah
  • Dipantau oleh Muassasah
  • Wajib membuat scan biometrik
  • Peluang mendapat 2 kali masuk Raudah, sekali melalui permit muassasah, sekali melalui Nusuk. Walaubagaimanapun, tetap tertakluk kepada available slot yang ada
  • Permohonan melalui agensi/travel yang mempunyai perkhidmatan visa umrah
  • Semua kos hospital, pembedahan dan dialisis di tanggung oleh pihak kerajaan Arab Saudi

Visa Pelancong

  • Di bawah selia Kementerian Pelancongan 
  • Multiple Entry
  • Tidak timbuk isu mahram lagi
  • Melancong, Ziarah keluarga dan umrah dibenarkan
  • Tiada pemantauan oleh Muassasah di Saudi
  • Tidak perlu membuat scan biometrik
  • Perlu mohon di aplikasi Nusuk oleh individu
  • Proses permohonan melalui website oleh individu http://www.visasaudi.com
  • Bayaran hospital perlu dibayar dahulu oleh jemaah. Kemudian, baru claim dari insurance yang dibayar melalui tourist visa. Dialisis tidak ditanggung oleh insurance tourist visa.

Kedua-dua Visa Umrah dan Visa Pelancong menawarkan kemudahan untuk masuk ke Arab Saudi, tetapi dengan keperluan dan faedah yang berbeza. Jika tujuan utama anda adalah menunaikan ibadah Umrah dengan bimbingan dan perkhidmatan khas, Visa Umrah adalah pilihan terbaik. Sebaliknya, jika anda ingin melancong atau menggabungkan ziarah dengan umrah, Visa Pelancong memberikan lebih fleksibiliti. Pastikan anda memahami keperluan setiap jenis visa sebelum membuat keputusan, agar perjalanan anda lebih lancar dan terancang.

Share the Post:

Related Posts

Cara Rayuan Haji

Bagi bakal jemaah haji yang ingin membuat rayuan haji, aplikasi THiJARI oleh Tabung Haji memudahkan proses ini. Dengan hanya beberapa

Read More