MENGENAI KAMI

In Saff Travel & Tours Sdn Bhd
Adalah sebuah syarikat bumiputera yang tertubuh di atas impian dan cita-cita 4 sahabat yang pernah menimba ilmu di Arab Saudi. Pengalaman berada di Arab Saudi telah mendedahkan mereka kepada urusan yang melibat jemaah umrah dan haji serta didedahkan dengan pelancongan islamik di serantau Asia Barat
Bagi memenuhi permintaan dan keperluan khususnya dalam sektor kerajaan, korporat dan swasta, maka In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd. tampil menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya penempahan tiket, penempahan hotel, umrah dan ziarah serta pakej-pakej domestik dan antarabangsa bagi memperkenalkan dunia dan Malaysia khususnya.
In Saff Travel & Tours Sdn Bhd didaftarkan pada 27 November 2014 dan mula beroperasi pada tarikh 1 Disember 2014 merupakan syarikat perkongsian yang dibentuk oleh empat (4) orang rakan kongsi.
Nama In Saff Travel & Tours Sdn Bhd diilhamkan daripada keempat-empat pengarah yang telah sebulat suara memilih nama ini yang mana In Saff membawa maksud dari tiga (3) bahasa.
Dalam bahasa Melayu membawa maksud dalam keinsafan, dalam bahasa Inggeris In Saff membawa maksud didalam saf manakala dalam bahasa Arab perkataan In Saff membawa maksud keadilan, kesaksamaan dan kesamarataan. Semoga jemaah yang bersama kami mendapat keinsafan hasil kerja secara berkumpulan yang dilaksanakan secara adil dan saksama.
VISI KAMI
Syarikat In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd. menjadi salah sebuah Syarikat Pelancongan Islamik Terunggul Di Malaysia.
MISI KAMI
- Menyediakan khidmat pelancongan yang berkonsepkan Islamik.
- Menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.
- Memberi perkhidmatan dan layanan mesra dan terbaik untuk pelanggan.
- Menjadi syarikat pelancongan yang terkenal di seluruh Malaysia.
- Menjadi role model bagi syarikat pelancongan yang lain.





Sijil & Lesen
Rakan Kerjasama
