Ibadah Umrah adalah salah satu ibadah yang penuh dengan hikmah dan keindahan. Namun, dalam melaksanakannya, ramai jemaah mungkin menghadapi kekeliruan atau soalan mengenai tatacara dan hukum yang berkaitan dengan ibadah ini. Berikut adalah beberapa soalan lazim yang sering timbul semasa mengerjakan Umrah, khususnya berkenaan tawaf.
Bagaimana jika tidak menghafal bacaan ketika tawaf?
- Jika jemaah tidak hafal atau lupa, jemaah boleh membaca ayat-ayat tersebut dengan merujuk kepada catatan di kertas, buku atau medium seperti laman web.
- Bagi jemaah yang tidak pandai membaca, mereka boleh membaca ayat-ayat al-Quran, zikir atau doa lain yang diingati.
- Jika semua itu tidak mampu dilakukan, cukup sekadar melakukan tawaf tanpa sebarang bacaan atau doa, kerana membaca doa semasa tawaf hanya sunat.
Apakah hukum bertawaf di tingkat atas Masjidil Haram?
Hukumnya sah, jika ia mengikut syarat-syarat dalam tawaf walaupun tingkat atas itu lebih tinggi dari Kaabah.
Adakah sah tawaf jika tersentuh Hijr Ismail atau kain Kaabah?
Tidak sah tawaf bagi mereka yang tersentuh Hijr Ismail atau kelambu Kaabah kerana ia melanggar syarat sah mengerjakan tawaf.
Sesiapa yang tersentuh hendaklah mengulangi pusingan yang terbatal itu sahaja.
Apakah hukum orang sihat bertawaf dengan kerusi roda atau skuter untuk mengelak bersesak?
Tawaf orang itu sah tetapi hukumnya makhruh.
Menunaikan ibadah Umrah memerlukan persiapan ilmu yang mencukupi agar dapat melaksanakannya dengan sempurna dan tenang. Memahami hukum dan tatacara yang betul adalah penting untuk memastikan setiap amalan diterima oleh Allah SWT. Jika terdapat kekeliruan, sentiasa rujuk kepada panduan yang sahih atau bertanya kepada mereka yang lebih arif dalam ilmu agama.