In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Siapakah InSaff Travel?

Syarikat Pelancongan Islamik yang menyediakan pakej Umrah.

DI manakah cawangan InSaff Travel?

Kami ada cawangan di seluruh Malaysia kecuali Sarawak.

Berapa lama tempoh dinasihatkan untuk saya berada di lapangan terbang sebelum pelepasan?

Jemaah disarankan berada di lapangan terbang 4 – 5 jam sebelum waktu pelepasan.

Berapa anggaran yang perlu saya bawa sepanjang di sana?

Anggaran pembelanjaan bergantung kepada jemaah sendiri. Lebih kurang 1k/seorang tapi kalau nak belanja banyak boleh sediakan duit lebih. Sebagai langkah berjaga – jaga untuk emergency case, saya sarankan jemaah untuk aktifkan kad bagi pengeluaran antarabangsa.

Saya nak buat surprise dekat family saya, dekat mana tempat yang sesuai untuk dapatkan kek?

Untuk cadangan tempat, jemaah boleh terus rujuk Group Leader/ Mutawwif.

Kalau nak keluarkan duit dekat sana ada ATM ke?

Ada, cuma nanti dekat sana akan ada caj pengeluaran.

Dimana saya boleh dapatkan pusat jagaan anak?

Tiada perkhidmatan jagaan anak yang disediakan setakat ini.

Boleh ke saya nak dapatkan perkhidmatan jagaan peribadi maksudnya ada orang jaga mak saya yang sakit 24 jam?

Boleh tetapi ada kos tambahan yang perlu jemaah tanggung.

Pihak In Saff ada sediakan penimbang untuk timbang beg?

Ada bersama Group Leader.

Bila jemaah akan diberikan lanyard?

Lanyard akan diberi semasa berada di airport (sebelum penerbangan).

Kalau saya nak berinfak dekat sana siapakah yang perlu saya rujuk?

Group Leader/Mutawwif.

Kanak - kanak boleh masuk ke dalam kawasan masjid

Boleh.

Boleh ke kalau saya pilih mutawif

Tidak boleh. Mutawwif dipilih berdasarkan ketersediaan (availability) satu satu mutawwif. Jika pada waktu jemaah sampai dan mutawwif tersebut available, maka mutawwif tersebut akan jadi petugas kepada para jemaah.

Kalau saya nak extend dekat sana boleh ke tak ikut group balik Malaysia

Boleh tetapi ada kos tambahan yang perlu jemaah tanggung.

Urusan check in di KLIA nanti macam mana

Akan dibantu oleh petugas in saff

Nanti berkumpul di KLIA siapa yang akan maklumkan

Rujuk group whatsapp.

Berapa had umur yang boleh pergi ?

Tiada had umur.

Bolehkah wanita tanpa mahram menunaikan umrah?

Boleh menggunakan visa pelancong atau visa umrah.

Berapakah had bagi kumpulan umrah?

47 orang jemaah termasuk group leader.

Macam mana saya nak tahu nama saya ada dalam trip tersebut?

Boleh buat pengesahan dengan pic jemaah dan pic akan menyemak nama jemaah dalam pendaftaran dengan pihak operasi.

Apa beza mutawif dan group leader

Mutawwif adalah petugas yang akan membantu dalam hal ibadah dan pengisian rohani sepanjang trip. Group Leader petugas yang membimbing jemaah dalam semua aspek dan GL adalah ketua bagi trip tersebut. Namun, skop tugas ini tidak mengikat mana mana petugas dalam satu satu tugas sahaja. Bergantung kepada perbincangan dari kedua-dua pihak.

Kalau nak pergi membeli belah group leader akan ikut ke

Bergantung kepada kesediaan group leader dan timbang rasa group leader dalam menyantuni jemaah.

Tempat solat ada ke dalam flight

Jika Saudi Airlines, ada disediakan tempat solat. Selain daripada itu, setakat ini tak ada.

Ada beza ke kalau saya contact HQ dan branch

Tidak ada beza.

Kalau saya nak buat umrah lebih dari 3 kali macam mana

Pada setiap trip, para jemaah akan bersama Mutawwif dan Group Leader untuk menunaikan umrah sebanyak 3 kali seperti yang dinyatakan pada pakej umrah. Adapun umrah tambahan, jemaah boleh minta bantuan Group Leader dan mutawwif untuk mendapatkan bimbingan.

Sekiranya nama saya di blacklist LHDN adakah saya dapat menunaikan umrah

Boleh. Sila rujuk pihak LHDN dan pihak imigresen untuk pelepasan sementara bagi menunaikan umrah.

Berapa harga sewa scooter?

Tawaf = sar 57.50, Saie = sar 57.50

Macam mana urusan dam dekat sana kalau saya terlanggar ihram

Urusan dam akan diuruskan oleh GL/Mutawwif.

Berapa kali umrah yang disediakan oleh pihak In Saff

3 kali.

Boleh ke saya buat Umrah lebih dari yang In Saff sediakan

Boleh tapi dengan bimbangan Group Leader/Mutawwif hanya 3 kali sahaja.

Boleh ke masa umrah nak pakai baju biasa

Tidak boleh kerana melanggar pantang larang ihram.

Biasanya bila akan buat umrah pertama

Selepas jemaah selesai urusan check in hotel di Makkah (hari pertama).

Bilakah waktu sesuai untuk melakukan Umrah?

Pukul 1 pagi keatas, cuaca tidak panas.

Saya ada terbaca komen negatif mengenai In Saff, adakah benar

Benar atau tidak bergantung kepada banyak faktor; penulis komen, isu berbangkit, dan lain-lain lagi. Kami sentiasa berusaha perbaiki perkhidmatan kami yang terbaik kepada jemaah kami. Sesuai dengan slogan kami ‘Insafi Nurani, Santuni Rohani.’

Macam mana saya nak pastikan yang awak ni bukan scammer

Boleh rujuk feedback dari ramai jemaah yang sudah merasai pengalaman bersama kami.

Berapakah harga terendah pakej InSaff?

Pakej Super Ekonomi bilik berempat dengan harga RM 6,870.

Apakah maksud fullboard?

Fullboard iaitu makan 3 kali sehari (sarapan pagi, tengah hari dan malam).

Pakej umrah yang lebih dari 12 hari ada?

Ada, kita ada sediakan pakej 21 dan 22 hari.

Jika dari Sabah dan Sarawak, adakah harga pakej masih sama?

Harga pakej masih sama tapi tidak termasuk tiket penerbangan dari Sabah dan Sarawak ke semenanjung.

Untuk jemaah OKU akan ada diskaun tak

Tidak ada sebarang pemotongan.

Jika saya mahu beli Ground Pakej dan Visa sahaja, bolehkah syarikat tuan uruskan?

Boleh

Boleh tak saya nak tolak kain ihram / telekung

Boleh.

Adakah pakej saya termasuk sekali caj upah porter?

Tak termasuk, kalau jemaah nak boleh maklum Group Leader/Mutawwif.

Berapakah harga untuk pakej Umrah kanak-kanak dan bayi?

Boleh rujuk harga di poster.

Berapakah caj tambahan untuk tarikh cuti sekolah?

Bergantung kepada pakej, tertakluk kepada poster.

Harga pakej sama ke kalau bukan warganegara?

Sama cuma tambahan untuk visa umrah.

Boleh ke kalau satu trip semua jemaah perempuan dan nak mutawifah

Boleh.

Set kelengkapan umrah selalu dapat bila?

Selepas jemaah membuat pembayaran penuh.

Ada tambahan harga dah nak dekat trip nanti?

Tertakluk kepada perubahan harga semasa.

Kalau saya pergi lebih dari 10 orang ada dapat diskaun tak?

Boleh dipertimbangkan mengikut situasi dan pakej yang diambil.

Bulan berapa low season?

Bulan low season pada bulan selepas Ramadan iaitu Syawal dan selepas musim haji.

Kalau saya ada anak kecil, apa pakej yang sesuai?

Sesuai dengan semua pakej.

Jemaah berkerusi roda sesuai ke ambik pakej Super Ekonomi?

Pakej super ekonomi memerlukan jemaah naik bas shuttle dalam perjalanan hotel-masjid-hotel. Bagi jemaah yang berkerusi roda mungkin kurang sesuai, bergantung kepada jemaah sendiri jika mahu maka tiada halangan.

Ada sediakan pakej haji tak?

Belum lagi setakat ini.

Harga pakej untuk HQ dan branch ada beza ke?

Tidak ada.

Pakej Anjum, Ekonomi dan Super Ekonomi sesuai ke untuk orang tua yang sakit?

Tidak digalakkan.

Boleh ke kalau anak saya 6 tahun - 11 tahun taknak ambik katil?

Boleh, cuma nanti jemaah perlu sign surat persetujuan bilik tanpa katil.

Boleh ke saya nak bermalam di Mekah lama dari pakej?

Boleh. Sila rujuk PIC masing2 untuk dapatkan quotation asing.

Kenapa ada perbezaan ada yang 12h10m, 11h9m?

Tertakluk kepada detail penerbangan.

Ada hidden charges, atau harga dah termasuk semua?

Harga pakej tidak termasuk tiket train.

Kalau saya nak pakej ground boleh ke?

Boleh.

Bila tarikh pakej Ramadan akan keluar?

Anggaran pakej akan keluar hujung tahun.

Macam mana saya nak tahu date untuk setiap pakej, sebab dekat poster tak ada?

Boleh hubungi customer service dan ejen-ejen In Saff serta boleh walk in ke HQ atau cawangan.

Kalau kita tak ikut Taif ada pengurangan harga ke?

Tidak ada.

Apa perbezaan Clock Tower dan Premium?

Beza di hotel Madinah.

Untuk pakej 22 hari bayaran deposit sama ke dengan pakej 12 hari?

Sama.

Kalau saya nak tukar tarikh trip adakah saya akan dikenakan penalty?

Perlu ikut akta pelancongan.

Biasanya artis pergi ikut In Saff ambik pakej apa?

Pakej Private.

Siapakah yang layak dapat diskaun?

Diskaun terpakai untuk jemaah dewasa dan kanak – kanak berkatil sahaja.

Bila date cuti sekolah ya?

Pada bulan Disember dan Februari.

Cara - cara untuk saya buat pembatalan Umrah?

Perlu maklum pada pic dan perlu mengisi borang refund.

Apa yang membezakan pakej - pakej In Saff?

Jarak hotel, taraf hotel, makanan dan pakej termasuk dan tak termasuk.

Kos apa yang termasuk dalam pakej In Saff?

Kos tiket, hotel, pengangkutan dan perkhidmatan.

Kenapa harga pakej Umrah tidak tetap?

Tertakluk kepada perubahan harga penerbangan dan hotel.

Adakah harga, tarikh dan aturcara akan berubah?

Ya betul, tertakluk kepada perubahan semasa.

Kalau yang tak biasa pergi, elok ambik pakej bilik berapa ya?

Seeloknya bilik berempat sebab nanti boleh berkenalan dengan jemaah luar.

Adakah In Saff buat tour pakej ke Acheh, Palestine dll?

Setakat ini belum lagi.

Telekung ada size ke sebab saya obesiti?

Tiada, telekung free size.

Bolehkah saya membatalkan penyertaaan Umrah saya?

Boleh tapi tertakluk kepada akta pelancongan.

Bila last saya perlu buat bayaran deposit

Semasa membuat pendaftaran

Berapa tempoh untuk saya bayar baki pakej

45 hari sebelum tarikh trip.

Macam mana nak buat bayaran deposit

Rujuk pic masing-masing.

Boleh ke saya daftar dengan HQ tapi nak bayar dengan cawangan?

Tidak boleh.

Ada taklimat sebelum keberangkatan tak

Ada taklimat akan diberi di airport oleh petugas in saff

Nanti kita akan naik di KLIA 1 atau KLIA 2

Bergantung kepada penerbangan.

Nanti sampai KLIA terus check in atau perlu check bergroup

Check in apabila diminta berbuat demikian daripada makluman petugas.

In Saff ada sediakan pengangkutan dan mutawif di sana

Ada dan termasuk dalam pakej.

Berapa kali naik bas di Madinah dan di Mekah

Kekerapan naik bas bergantung kepada aktiviti di sana. Secara asas, perjalanan pergi balik, mekah ke madinah atau madinah ke mekah dan aktiviti ziarah di sana memerlukan para jemaah untuk menaiki bas.

Bas shuttle di Mekah free ke?

Free. Bas ini disediakan oleh pihak hotel kepada para jemaah yang menginap di hotel tersebut.

Kekerapan bas shuttle di Mekah (pakej super ekonomi)

15 minit – 30 minit untuk satu bas. Bergantung kepada situasi dan waktu di sana.

Perjalanan sepanjang di sana menaiki bas ke

Ya.

Berapa kos taxi / grab dekat sana

Bergantung destinasi dan situasi di sana.

Kalau saya nak request katil bayi boleh ke dekat hotel

Tiada perkhidmatan katil bayi di Arab Saudi.

Boleh masak ke dekat hotel

Tidak digalakkan mengikut peraturan Pihak Hotel.

Boleh ke saya nak bawak barang basah seperti periuk dari Malaysia

Boleh. Tapi atas tanggungan dan risiko jemaah sendiri.

Bilik berempat boleh ke duduk enam orang

Tidak boleh.

Ada kebarangkalian ke saya akan ditukarkan ke hotel lain setibanya di sana

Kekosongan hotel dan availability satu satu hotel bergantung kepada pihak hotel dan situasi di Arab Saudi. Kemungkinan untuk para jemaah ditukarkan kepada hotel lain masih ada dan perkara ini jarang berlaku kecuali pada musim high season. Jika hotel para jemaah ditukar, kami berusaha untuk mendapatkan hotek setaraf seperti yang dinyatakan dalam pakej.

Boleh ke saya nak request hotel yang saya nak selain dalam pakej

Boleh dan sila rujuk pic untuk dapatkan quotation.

Saya nak duduk bilik sebelah - sebelah dengan family saya boleh ke

Tidak boleh.

Kalau saya ambik pakej bilik berempat tapi saya seorang je boleh ke

Boleh tetapi sekiranya tiada pairing jemaah perlu bersedia untuk ditukarkan kepada bilik bertiga ataupun berdua apabila trip tersebut telah tutup pendaftaran.

Macam mana kiraan sekiranya saya nak ambik bilik berdua tapi saya taknak ada paring sebab saya solo

Sila rujuk pic masing-masing untuk dapatkan quotation asing

Hotel apa yang sesuai untuk jemaah yang sakit lutut

Hotel yang berjarak dekat (pakej Premium)

Boleh ke sebilik dengan bukan mahram (Contoh : Ayah, Saya dan Kawan Saya)

Tidak boleh sekiranya berlainan jantina

Apa maksud tanpa katil?

Tanpa katil adalah penempatan jemaah di hotel tanpa katil.

Jarak dalam poster tu ke dataran masjid ke

Jika di Mekah, jarak hotel dari dataran masjid. Jika di Madinah, jarak hotel dari pintu pagar masjid.

Boleh ke saya tidur di perkarangan masjid

Tidak boleh. Keselamatan para jemaah di bawah tanggungjawab kami sehingga para jemaah pulang balik ke Malaysia.

Hotel Fajar Badie sebelah Ajyad atau Misfalah ya

Sebelah hotel Ajyad

Apa maksud setaraf adakah dari segi jarak atau bintang hotel

Bintang hotel.

Saya daftar bilik berdua tapi tetiba anak saya nak pergi, boleh ke saya tukar ke pakej bilik bertiga

Boleh

Betul ke dekat Taif tak ada lift?

Ada lift.

Dekat hotel ada sediakan tuala tak

Kebanyakan hotel tidak disediakan tuala. Jemaah dinasihat supaya bawa tuala sendiri.

Mesin basuh / dobi ada ke sekitar hotel

Ada dan banyak. Rujuk petugas untuk nombor contact dobi dan lokasi dobi. Petugas simpan nombor contact. Di sana disediakan ambil dan hantar percuma.

Hotel ada sediakan seterika atau jemaah bawak sendiri

Tidak disediakan oleh pihak hotel.

Kalau dekat sana saya nak rumah taknak hotel boleh ke untuk lebih selesa

Tidak ada perkhidmatan rumah di Arab Saudi.

Kalau yang nak tambah keretapi, bayaran macam mana

Rujuk pic masing-masing.

Kalau separuh dari jemaah yang naik keretapi dan separuh lagi naik bas, nanti mutawif akan iring yang mana

Mutawwif dan group leader akan mengiringi salah satu perjalanan tersebut

Kalau saya naik train, urusan luggage saya macam mana

Luggage akan dibawa dengan bas bersama sama jemaah yang menaiki bas. Jemaah hanya dibenarkan bawa handcarry ketika menaiki train.

Berapakah harga train haramain

Sila rujuk poster yang akan dihebahkan di media sosial in saff.

In saff boleh uruskan ke flight domestik

Boleh, harga mengikut harga semasa

Ada pakej naik train? Berapa bayaran tambahan yang diperlukan?

Ada, kos tambahan RM 350 untuk tiket kelas ekonomi dan RM 600 untuk kelas perniagaan (tertakluk kepada harga semasa)

Berapa had bagasi untuk naik train

Satu bagasi handcarry sahaja.

In Saff boleh ke buat trip Private untuk Umrah Ziarah

Boleh.

Berapakah tempoh masa minimum untuk jemaah hantar dokumen sebelum tarikh perjalanan?

Minimum 2 bulan sebelum tarikh penerbangan dan maksimum 45 hari sebelum tarikh penerbangan

Bolehkah saya dapat surat pengesahan umrah untuk ambil cuti?

Boleh. jemaah perlu maklum nama penuh, nombor pengenalan serta trip.

Kalau saya tak ada passport tapi dah sampai due date untuk penghantaran passport boleh ke saya guna gambar i/c buat sementara

Kami boleh menerima ic untuk sementara bagi menyemak nama jemaah sahaja dan jemaah haruslah membuat passport dengan segera.

Perlu hantar hard copy passport ke sekarang

Bagi musim baru 2023, kami hanya menerima salinan passport dan gambar sahaja. Serahan passport original hanyalah perlu diserahkan pada hari penerbangan kepada petugas insaff di airport. Passport original adalah dibawah tanggungjawab jemaah sendiri.

Gambar passport perlu pakai tudung warna apa

Gambar passport digalakkan memakai tudung berwarna gelap

Ada kos penambahan tak untuk passport Indonesia

Bagi passport indonesia, kita akan gunakan visa umrah dan untuk visa umrah ada penambahan RM700.

Tempoh buat passport tu lama ke

Proses buat passport berdasarkan tempat, paling awal boleh dapat dalam masa 2 jam

Apakah tindakan & dokumen yang diperlukan untuk menunaikan umrah sekarang?

Dokumen yang diperlukan:
1. Passport sah 6 bulan
2. Gambar berukuran passport berlatarbelakang putih dan tidak menutup kepala bagi lelaki (2keping)

Apa yang perlu saya lakukan selepas pendaftaran?

Selepas pendaftaran nanti kita akan collect copy passport dan gambar berukuran visa.

Adakah saya wajib hadir ke pejabat untuk pendaftaran?

Tidak, boleh hubungi ejen atau cawangan yang berhampiran.

Berapakah tempoh masa minimum pendaftaran sebelum tarikh perjalanan?

Anggaran 3 – 4 bulan sebelum tarikh penerbangan untuk buat persediaan Umrah.

Apakah jenis visa yang boleh digunapakai untuk menunaikan umrah?

Visa pelancong dan visa umrah

Apa beza antara Visa Pelancong & Umrah?

Dengan visa pelancong para jemaah lebih bebas di sana sama seperti seorang pelancong di negara lain dan boleh menunaikan umrah. Dengan visa umrah pula para jemaah hanya tertakluk untuk menunaikan umrah sahaja dan aktiviti selain umrah agak terbatas.

Boleh ke guna visa pelancong kalau bukan warganegara

Arab Saudi hanya membenarkan negara yang terpilih sahaja untuk buat visa pelancong. Salah satunya adalah Malaysia. Jika negara jemaah tiada dalam senarai yang dibenarkan buat visa pelancog, maka tak boleh buat visa pelancong.

Nak beli visa sahaja boleh ke

Boleh.

Kelebihan visa Umrah

1. Dapat bawa balik air zam zam. Berbeza dengan visa pelancong yang boleh bawa air zam zam bergantung kepada situasi dan update terkini dari airport di Arab Saudi. 2. Tanggungan kos rawatan untuk pemegang visa umrah lebih menyeluruh termasuk kos dialisis semasa berada di sana.

Kalau guna visa Umrah, kos dialisis dah cover semua ke

Tidak termasuk pengiring dan pengangkutan.

Harga pakej dah termasuk visa pelancong ke

Harga pakej dah termasuk visa pelancong.

Ada tak keperluan untuk mengambil insurans tambahan?

Perlu untuk persediaan dan sebarang kemungkinan yang tidak dijangkakan.

Kalau insurans yang termasuk pakej tu cover apa

Sakit yang ringan seperti demam, batuk, luka kecil dan yang bukan kritikal.

Insurans dia cover ubat - ubatan atau rawatan sahaja

Kedua-duanya akan dicover oleh insurans.

Adakah insurans cover demam?

Tidak cover.

Emergency dekat sana saya kena contact siapa ya

Petugas operasi makkah/madinah. Nombor tersebut boleh dirujuk pada bahagian belakang kad para jemaah.

Ayah saya meninggal di Mekah, boleh ke saya pergi melawat

Boleh tetapi atas kos tanggungan sendiri

Kalau saya sakit perlu ke saya dapatkan surat doktor sebelum ke Umrah

Perlu tetapi bergantung kepada tahap kesihatan.

Kalau saya pregnant 6 bulan ke atas saya boleh buat umrah ke

Boleh dan perlu dapatkan pengesahan dari pakar perubatan

Saya sedang menjalani rawatan dialisis, bolehkah saya menunaikan ibadah umrah?

Boleh dengan menggunakan visa umrah tetapi ada caj tambahan untuk visa umrah.

Kalau saya jemaah yang perlu terima rawatan dialisis, adakah insaff akan uruskan

Ya. Insaff akan uruskan.

Suntikan Meninggococal masih diwajibkan lagi ke

Buat masa sekarang, suntikan meninggococal tidak diwajibkan.

Apakah ubat yang perlu disediakan

Ubat demam, batuk, selsema dan sakit tekak

Bolehkah saya menunaikan Umrah ketika sakit?

Boleh. Tetapi jemaah disarankan untuk menunaikan umrah pada waktu sihat supaya semua ibadah dan aktiviti di sana dilaksanakan dengan sempurna dan tidak menganggu jemaah lain.

Ada perkhidmatan tolak wheelchair semasa umrah

Perkhidmatan berbayar hanya waktu umrah sahaja tetapi disarankan untuk membawa waris dari malaysia

Adakah suntikan vaksin diperlukan sebelum menunaikan Umrah?

Tidak wajib tetapi disarankan untuk mengambil suntikan vaksin.

Wheelchair perlu bawak dari Malaysia atau In Saff ada sewakan di sana

Wheelchair perlu bawa sendiri dari malaysia. Terutama jemaah yang perlukan wheelchair setiap masa. Adapun wheelchair untuk umrah sahaja, farmasi di sana ada jual wheelchair kalau nak beli dan tukang tolak wheelchair ada di Mekah sahaja.

Ada laluan khas ke untuk yang berkerusi roda

Jalan di Mekah dan Madinah mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) dan mereka yang berkerusi roda.

Kalau yang berkerusi roda perlu tawaf dimana

Tawaf di tingkat dua dan tingkat tiga Masjidil Haram.

Boleh saya tahu bila cuaca sejuk / panas

Biasanya, musim panas bermula pada bulan Mei dan berakhir pada bulan Oktober. Musim sejuk pula bermula pada bulan November dan berakhir pada bulan April.

Apakah keperluan yang perlu dibawa untuk menunaikan Umrah?

Keperluan yang perlu dibawa semasa umrah adalah termasuk kelengkapan diri yang asas, kain ihram, telekung, beg kasut, ubat-ubatan berkaitan, penimbang beg dan tuala.

Adakah saya perlu membawa tunai atau guna kad

Bawa tunai sangat digalakkan. Penggunaan cashless di Saudi belum meluas seperti di Malaysia.

Bila kursus umrah akan bermula ?

Bergantung kepada penceramah, nanti kita akan update.

Adakah disediakan Kursus Umrah?

Ya secara bersemuka dan secara online

Dimana boleh saya sertai kursus umrah?

Sila rujuk poster yang akan dihebahkan di media sosial in saff.

Kalau saya dari KL macam mana saya nak join kursus Umrah bersemuka

Tidak, boleh hubungi ejen atau cawangan yang berhampiran.

Bila buku panduan akan diberi?

Selepas jemaah membuat pembayaran penuh.

Berapa jam kursus umrah?

2 jam.

Berapa sesi kursus umrah yang saya perlu pergi sebelum buat Umrah

Bergantung kepada jemaah.

Kalau saya nak add on makanan bagi pakej Super Ekonomi, boleh ke

Tidak boleh.

Selalu yang first time pergi boleh ke kalau cari makanan sendiri

Jemaah first time digalakkan untuk ambil pakej sekali makan. Jika sudah kenal tempat makan yang sesuai, boleh beralih kepada pakej tanpa makan bersama In Saff Travel.

Makan disediakan berapa kali dalam flight

2 kali makan semasa pergi dan balik

Bilakah makanan ketibaan dan kepulangan disediakan

ketibaan dari malaysia dan kepulangan ke malaysia

Anggaran makan sehari berapa ya untuk pakej tanpa makan

Sar 50 /hari

Kalau saya tak makan nasi Unta apa yang In Saff sediakan

Ayam disediakan bagi jemaah yang tidak makan unta

Bila waktu makan di hotel

Bergantung kepada setiap hotel. Setiap hotel berbeza masa makan. Makluman ini akan dikongsi oleh Group Leader dan mutawwif semasa berada di sana selepas mendapat kepastian hotel yang mana.

Boleh ke saya nak tolak makanan dalam pakej sebab tak sempat nak balik hotel

Tidak boleh dan tiada kos penolakan dari harga pakej.

Pakaian apa yang sesuai untuk pergi Umrah

Atas keselesaan jemaah dan menutup aurat

Pukul berapa kena check out kalau flight dari Jeddah awal pagi

7 jam sebelum

Kelengkapan yang wajib saya bawa

Senarai kelengkapan akan diberi selepas pendaftaran.

Selipar apa yang sesuai untuk tawaf

Selipar yang tidak langgar pantang larang ihram iaitu tidak menutup sebahagian besar kaki dan tidak menutup sebahagian besar jari-jari kaki.

Masuk mana dulu

Bergantung kepada detail penerbangan.

Bilakah itinerari akan diberikan

2 minggu sebelum tarikh penerbangan (bergantung kepada confirmation detail penerbangan)

Bolehkah saya membuat sendiri jadual perjalanan atau tentatif

Tidak boleh.

Adakah pembayaran perlu dibuat jika masuk ke Raudhah?

Tidak perlu buat bayaran.

Semua jemaah akan dapat masuk Raudah atau ada possibility untuk tidak dapat masuk

Setakat ini,semua jemaah akan masuk Raudhah. Walaupun tanpa nusuk. Possibility tidak dapat masuk Raudah terjadi kalau berlaku lewat maklumkan kepada petugas dan lain lain isu melibatkan kecuaian/kesilapan jemaah/petugas semasa berada di sana.

Berapa had masa di dalam Raudah

30 minit untuk 1 sesi

Ada berapa sesi untuk masuk Raudah

1 sesi sahaja untuk setiap jemaah.

Macam mana nak dapatkan slot solat, umrah, ziarah Raudah dan Rasulullah?

Dengan menggunakan aplikasi Nusuk. GL & Mutawwif akan bantu jemaah untuk install dan cara menggunakan aplikasi.

Adakah akan ada mutawiffah yang akan bimbing kami ke Raudhah?

Ada. Setiap kumpulan akan ade seorang mutawiffah

Kanak - kanak boleh masuk ke dalam raudhah

Boleh.

Perlu booked slot untuk masuk ke Raudah

Ya, perlu

Siapakah yang akan iring jemaah perempuan untuk masuk ke dalam Raudah

Mutawiffah yg disediakan oleh pihak in saff

Pintu gate enter Raudah dan Masjid Nabawi

Gate 367

Siapa yang akan guide untuk book slot Raudah

Group leader dan mutawwif.

Aktiviti di Taif akan ditanggung atau tanggungan sendiri

Aktiviti luar adalah tanggungan sendiri. pihak insaff hanya menyediakan hidangan sarapan pagi nasi lemak.

Saya perlu berihram di Taif atau di dalam kapal terbang

Bergantung kepada tentatif perjalanan.

Masuk mana dulu?

Bergantung kepada detail penerbangan.

Ada pakej Ziarah Ke Taif? Berapa bayaran tambahan yang diperlukan?

Tiada bayaran tambahan. Pakej ke taif termasuk dalam pakej in saff.

Kalau nak pergi ziarah tambahan boleh bayar terus atau macam mana

Group Leader dan muatwwif akan maklumkan semasa berada di sana. Kos ziarah tambahan bergantung kepada bilangan jemaah yang turut serta dan jenis pengangkutan yang digunakan. Jika ramai jemaah yang turut serta, maka kurang lah kos yang ditanggung oleh setiap jemaah.

Umrah ziarah ada ke?

Ada, sila rujuk pic untuk dapatkan quotation asing.

Saya ada sedara mara di Madinah, boleh ke saya taknak join ziarah tapi nak pergi ke rumah sedara saya

Boleh tetapi perlu memaklumkan kepada petugas atau group leader.

Kalau saya nak pergi Al Ula boleh ke

Boleh tetapi ada kos tambahan yang perlu jemaah tanggung.

Bayaran naik cable car dan tobbogum di Taif berapa SAR

Total kedua kedua perkhidmatan ini 100SAR bergantung kepada perubahan harga semasa pihak di Taif.

Apakah tempat ziarah yang perlu add on

Ziarah badar (madinah), ziarah bukit magnet, kilang quran (madinah), mendaki jabal nur, gua hira (mekah),

Setiap kali ziarah ada dikenakan bayaran lawatan tak

Kos ziarah sudah termasuk dalam harga pakej.

Boleh ke kalau saya taknak ikut pergi Ziarah

Boleh tetapi tiada penolakan kos dan wajib maklum kepada Group Leader.

Adakah kita akan confirm ziarah semua tempat yang ditulis dalam pakej

Semua tempat ziarah bergantung kepada kelulusan Kementerian Arab Saudi, ketersediaan pengangkutan di sana dan apa apa yang mungkin berlaku di luar jangka yang melibatkan pihak ketiga dan luar bidang kuasa In Saff Travel. Pada kebiasaan, jemaah akan dapat menziarahi semua tempat ziarah dengan bimbingan rohani dari petugas.

InSaff guna penerbangan Saudi Airlines lagi ke ?

Ya betul tetapi bergantung kepada tarikh penerbangan.

Bagaimanakah aturan tempat duduk untuk pasangan dengan bayi?

Selalu kita akan bagi setiap keluarga bersebelahan, tetapi untuk bayi tiada seat.

Kalau nak tukar flight lain selain Air Asia?

Tak boleh, tetapi kalau nak flight lain boleh cuba check tarikh trip lain.

Flight direct ke?

Bergantung kepada flight setiap trip. Tidak semua trip flight direct.

Flight apa yang In Saff sediakan dan apakah perbezaan?

Majoriti penerbangan kami AirAsia X tapi ada juga sesetengah tarikh yang naik penerbangan MAS, Saudi Airlines dan Emirates.

In Saff ada sediakan penerbangan domestik ke?

Ada, harga tiket penerbangan mengikut harga semasa.

Kalau flight delay dan effect kepada flight domestik, siapa yang akan bertanggungjawab

Sekiranya flight domestik dibeli sendiri adalah tanggungjawab jemaah.

Saya nak request seat tepi tingkap.

Sila rujuk pic masing-masing.

Kalau flight delay di KLIA macam mana?

Tunggu sehingga group leader/petugas insaf memaklum kan waktu terkini.

Apa beza flatbed dengan hot seat?

Berbeza dari jenis seat dan keluasan tempat duduk.

Kalau nak upgrade seat, bila saya akan dapat harga sebenar?

Selepas pic ticketing issue tiket.

AirAsia ada business class ke?

Tidak ada, Air Asia hanya ada flat bed.

Pakej confirm termasuk flight ke?

Ya.

AirAsia biasa dengan AirAsia X apa beza?

Dari segi keluasan dan susunan seat.

Kalau flight selain AirAsia ada diskaun tak?

Tertakluk kepada promosi terkini.

Kalau transit perlu keluarkan luggage ke?

Jika transit penerbangan antarabangsa tidak perlu keluarkan luggage.

Boleh ke kalau saya nak tolak set bagasi

Boleh.

Kalau saya nak beli set bagasi In Saff sahaja boleh ke

Boleh.

Sebelum ni saya pergi Umrah dengan syarikat lain, boleh ke saya guna bagasi semasa menunaikan Umrah dengan syarikat In Saff

Boleh, Jemaah boleh buat penolakan set bagasi insaff

Berapa beg yang dibenarkan untuk saya bawa

Maksimum 2 bag

Boleh ke pos bagasi jemaah ke luar negara? Kalau saya add on set bagasi bagi trip Super Eko ( contoh : Brunei )

Boleh, cuma untuk kos pengeposan lebih kurang RM150 dan nanti akan disahkan semula oleh pihak operasi sekiranya jemaah berminat.

Berapa berat lugagge untuk kanak - kanak tanpa katil

Sama sahaja seperti dewasa

Kalau lugagge rosak atau hilang kena buat apa

Kalau luggage hilang, minta petugas laporkan kepada operasi Saudi untuk tindakan selanjutnya. Sekiranya hilang di airport, operasi akan berurusan dengan pihak airport.

Bayaran extra luggage macam mana

Tanggungan jemaah.

Boleh ke saya walk in ambil luggage

Boleh tetapi jemaah perlu selesaikan bayaran penuh terlebih dahulu.

Selewatnya bila akan pos luggage untuk jemaah yang luar Terengganu

Selepas jemaah membuat pembayaran penuh.

Aplikasi Tawakkalna & Eatmarna sangat diperlukan sepanjang keberadaan di Saudi. Apa beza kedua-dua aplikasi ni ?

Kedua-dua aplikasi ini tidak lagi digunakan di Arab Saudi dan diganti dengan aplikasi Nusuk. Aplikasi Nusuk digunakan untuk masuk Raudah dan menunaikan Umrah.

Aplikasi apa yang diperlukan sepanjang di Saudi

1. NUSUK 2. HARAMIN 3. CAREEM

Kalau saya tak ada telefon, macam mana saya nak akses aplikasi nusuk

Jika hanya tuan/puan seorang sahaja dalam group tu yang tak ada aplikasi nusuk, mutawwifah boleh bantu untuk tuan/puan masuk raudhah tanpa nusuk. Jika ramai (lebih daripada 5 orang) tak ada nusuk, kena maklumkan awal kepada GL untuk dapatkan bantuan pihak operasi untuk dapatkan permit nusuk dengan cara kedua.

Sim card akan disediakan atau beli sendiri

Simkad guna duit jemaah sendiri dan akan dibimbing oleh Group leader

Macam mana nak beli simkad?

Petugas akan bimbing jemaah untuk beli simcard di sana.