09-628 4090 sales@insafftravel.com.my

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login
09-628 4090 sales@insafftravel.com.my

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login

TERMA & SYARAT

PENDAFTARAN PAKEJ UMRAH

PAKEJ ANDA ADALAH TERMASUK

1) Tiket penerbangan kelas ekonomi.
2) Cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api
3) Menguruskan permohonan Visa Umrah sahaja. (Tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Arab Saudi).
4) Penginapan, makan dan minum seperti yang akan dinyatakan di dalam surat pengesahan aturcara
5) Pemilihan tempat ziarah adalah bergantung kepada kelulusan Kerajaan Arab Saudi, dan tertakluk kepada sebarangperubahan.
6) Insuran berkelompok.
7) Air zam-zam 5 liter.
8) Mutawif sepanjang perjalanan dan terlatih.
9) Umrah 3 kali bersama mutawwif.
10) Beg bagasi, beg handcarry, beg sandang, buku doa, kain ihram atau telekung diberikan secara percuma.

PAKEJ UMRAH ANDA TIDAK TERMASUK

1) Tiket penerbangan domestik
.2) Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) dan di hotel.
3) Penggantian bagasi / barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan timbanganbagasi.
4) Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcajbahan api.
5) Tambahan visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia dan bagi jemaah yang pergi kali kedua dalam tahun yangsama.
6) Makan dan minum semasa transit melainkan dinyatakan secara khusus.

PEMBATALAN / SURCAJ PEMBATALAN PAKEJ

Permohonan pembatalan tertakluk kepada perkara 3.2.1 dan 3.2.2 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 seperti berikut :

JADUAL KEEMPAT (Subperenggan 6(l) (m) (ii)) AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 3.2 Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan 3.2.1 Pembatalan tempahan perlu mesti secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Jika syarikat menerima notis untuk membatalkan tempahan itu 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan. 3.2.2 Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai :

Pembatalan Diterima Caj Pembatalan Bagi Setiap Orang
22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas 5-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas 8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas 3-7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas 7 2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas 35% daripada tambang 50% daripada tambang 75% daripada tambang s 100% daripada tambang pelancongan

PROSEDUR PENDAFTARAN

LANGKAH 1 – PROSES MEMBUAT TEMPAHAN
Pendaftaran Secara Dalam Talian/Luar Talian

Terlebih dahulu anda perlu memilih tarikh yang dikehendaki mengikut kesesuaian masa dan harga pakej.
Sekiranya belum pasti, sila lihat flyers dan bertanya staff/wakil In saff
Setelah anda pasti jenis pakej dan tarikh yang dikehendaki, anda boleh terus membuat pendaftaran
dan seterusnya membuat bayaran bagi memastikan tempat anda untuk tarikh yang telah dipilih.
Oleh yang demikian, bayaran deposit seawal mungkin akan menjamin tempat anda.
Pengesahan pendaftaran melalui email akan anda terima selepas membuat pendaftaran dan bayaran.

LANGKAH 2- PENYEDIAAN DOKUMEN

Para jemaah perlu menyediakan:
Dokumen 1, 2, 3 & dokumen tambahan mengikut keperluan

1. Passport Antarabangsa yang masih berlaku selama 7 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.
2. Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm. berlatarbelakang putih dan saiz muka 80% (Lelaki:Tidak bersongkok / Wanita: Bertudung)
3. Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135.

Dokumen Tambahan (Sila rujuk Permohonan Visa Umrah dan Ziarah untuk maklumat terkini)
Dokumen tambahan bagi – Isteri mengikut suami
– Salinan Sijil Nikah (yang telah disahkan oleh Pejabat Agama
(Bahagian Undang-undang Keluarga/Nikah, Cerai dan Rujuk/Bahagian undang-undang Syariah) dan Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia))

Dokumen tambahan bagi – Anak Lelaki kurang dari 18 tahun/Semua Anak Perempuan
– Salinan Sijil Kelahiran Sendiri (yang telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) dan Wisma Putra)

Dokumen tambahan bagi – Ibu(45 tahun ke bawah) yang bermahramkan anak lelaki(19 tahun ke atas)
– Salinan Sijil Kelahiran Anak Lelaki tersebut

Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) dan Wisma Putra (Cop JPN dan Wisma Putra)
Nota: Kesemua dokumen ini perlu diserahkan ke pejabat In saff 45 hari sebelum hari penerbangan. (Bagi pakej bulan Ramadhan 45 hari sebelum 1 Ramadhan)

* Wanita dibawah 45 tahun dan lelaki dibawah 18 tahun WAJIB pergi bersama mahram lelaki berumur melebihi 19 tahun.

* Jemaah yang pergi dengan datuk / bapa saudara / bapa tiri:

Sila download borang Letter of Consent untuk diisi.
Letter of Concent dari bapa kandung/suami untuk tumpang mahram dengan Datuk / Bapa Saudara / Bapa Tiri diminta penjaga tandatangan sendiri depan pesuruhjaya sumpah berdekatan.
Sertakan salinan kad pengenalan penjaga.

LINK UNTUK DOWNLOAD LOC:
https://drive.google.com/file/d/1WyX6ZC5kXN2bvZKUVgaFnhg3omVdvDGe/view?usp=sharing

PENYERAHAN DOKUMEN

Para jemaah perlu menyerahkan dokumen yang tersebut di atas selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh berangkat.

CARA-CARA MENGHANTAR DOKUMEN :

1. Jemaah boleh menghantar terus ke pejabat semasa menghadiri kursus.
2. Bagi jemaah mendaftar melalui agen/cawangan, sila hubungi agen/cawangan berkenaan.
3. Penghantaran melalui perkhidmatan courier seperti POS LAJU, SKYNET, DHL, NATION WIDE dan sebagainya ke alamat berikut :

HQ IN SAFF TRAVEL(TERENGGANU)

4008-1 PERKEDAIAN LADANG TOK PELAM,
JALAN SULTAN ZAINAL ABIDIN,
20200 KUALA TERENGGANU

CAW IN SAFF TRAVEL(KL/SELANGOR)

17-1A, JALAN PANDAN INDAH 4/34,
PANDAN INDAH, 55100, AMPANG SELANGOR

MAKLUMAT KEBERANGKATAN JEMAAH

Pihak syarikat akan create group whatapps 2 minggu sebelum tarikh keberangkatan.

SYARAT DOKUMEN VISA

KEPERLUAN VISA UMRAH

1. Anda perlu menyediakan kesemua dokumen 30 hari sebelum tarikh penerbangan :–

* Passport Antarabangsa Malaysia yang tempoh SAH lakunyaTIDAK KURANG 6 bulan dari tarikh penerbangan beserta 6 mukasurat kosong.
* Buku Suntikan atau Surat Pengesahan ACYW135 daripada Doktor (Meningococcal Vaccine).
* 4 Keping gambar berukuran 4cm x 6cm berlatar belakang PUTIH.
* Wanita wajib mengenakan tudung kepala (hitam/gelap)
* Lelaki tidak dibenarkan memakai songkok atau menutup kepala.

MAHRAM LELAKI

1. Jika umur lelaki 18 tahun, akan dimasukkan kedalam ‘MEN GROUP’.
2. Jika lelaki di bawah 13 tahun, ibu perlu turut serta.
3. Perlu MAHRAM adik beradik lelaki 18 tahun keatas atau bapa saudara jika ayah tidak turut serta.
4. Dokumen yang diperlukan:

* Salinan Sijil Lahir kedua-dua adik beradik / Bapa saudara yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
* Surat Kebenaran (LOC) ditulis oleh mahram yang tidak pergi (contoh bapa kandung), disertakan dengan IC mahram bercop JPN untuk yang memberi kebenaran.
* Jika bapa telah meninggal dunia, perlu disertakan Salinan Sijil Kematian yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.

MAHRAM WANITA

1. Jika umur wanita 45 tahun keatas, akan di masukkan ke dalam ‘WOMEN GROUP’.
2. Wanita berumur 45 tahun kebawah wajib pergi bersama mahram.
3. Jika Isteri pergi bersama suami, dokumen yang diperlukan:

*Salinan Sijil Nikah yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra.

4. Jika wanita berumur bawah 45 tahun bermahram bapa, dokumen yang diperlukan:

*Salinan Sijil Lahir wanita yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putrab.
*Salinan Sijil Nikah IbuBapa yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam dan Wisma Putrac.

5. Jika wanita telah berkahwin, perlu sertakan:

* Salinan Sijil Nikah dari Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra.
* Surat Kebenaran (LOC) dari Suami membenarkan isteri pergi dan bercop Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra.

6. Jika wanita berumur bawah 45 tahun bermahram adik beradik, dokumen yang diperlukan:

* Salinan Sijil Lahir kedua-dua adik beradik yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putrab.
* Surat Kebenaran (LOC) yang ditulis oleh mahram yang tidak pergi (contohnya bapa kandung atau adik beradik yang lain)bercop Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra dan IC bercop JPN bagi yang memberi kebenaran.
* Jika Bapa Kandung telah meninggal dunia, perlu sertakan Sijil Kematian Bapa yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
* Jika wanita telah berkahwin, perlu sertakan Salinan Sijil Nikah dari Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra beserta SuratKebenaran (LOC) dari Suami membenarkan isteri pergi dan bercop Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra serta IC suami bercopJPN.

7. Jika anak perempuan bawah 15 tahun bermahram bapasaudara, ibu wajib turut serta. Dokumen yang diperlukan:

* Salinan Sijil Lahir anak perempuan, sijil lahir ibu atau bapa dan sijil lahir bapa sudara yang disahkanoleh JPN danWisma Putra.
* Surat Kebenaran (LOC) daripada Bapa Kandung yang bercop PesuruhjayaSumpah dan Wisma Putra dan IC Bapa Kandung bercop JPN.
* Jika Ibu atau Bapa Kandung telah meninggal dunia, perlu diserta kan sijil kematian yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putrabersama Surat Kebenaran (LOC) bercop Pesuruhjaya Sumpah dari waris lelaki sebelah bapa bersama Sijil Lahir dan IC yang disahkan di JPN danWisma Putra.

ANAK TIRI

1. Jika Anak Tiri bermahram Bapa Tiri. Ibu Kandungnya wajib turut serta. Dokumen yang diperlukan:

* Salinan Sijil Lahir Anak Tiri yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putrab.
* Salinan Sijil Perceraian Ibu Bapa Kandung yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra.
* Salinan Sijil Nikah Ibu dan Bapa Tiri yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra.
* Surat Kebenaran (LOC) dari Bapa Kandung yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra beserta IC bercop JPN.
* Jika Bapa Kandung telah meninggal dunia, perlu disertakan dengan Sijil Kematian bapa kandung yang disahkan olehJPN danWisma Putra beserta Surat Kebenaran dari Waris Lelaki sebelah bapa bersama IC dan Sijil Lahir yang disahkan oleh JPNdan Wisma Putra.

ANAK ANGKAT

1. Jika Anak Angkat bermahram Bapa Angkat, Ibu Angkat perlu turut serta. Dokumen yang diperlukan:

* Salinan Sijil Lahir Anak Angkat yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
* Salinan Sijil Pengambilan anak angkat yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
* Sijil Nikah Ibu Bapa Angkat yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra

PASSPORT INDONESIA

1. Passport Indonesia yang dibuat di Indonesia perlu tambahan RM1500.Dokumen yang diperlukan:

* Perlu ada Passport Original.
* Tiket Penerbangan dari INDONESIA (IND-KUL-JED-KUL-IND)
* Hotel confirmation
* Surat dari Syarikat Penerbangan.

PASSPORT INDONESIA (PERMANENT RESIDENT)

1. Jemaah wajib ada kad PR (IC PR Warna Merah). Dokumen yang diperlukan:

* Perlu ada Passport Original.
* Perlu ada Surat Majikan yang disahkan oleh NOTARY PUBLIC jika bekerja
* Perlu Surat Kebenaran (LOC) BERBAHASA INGGERIS yang menyatakan status Jemaah (contoh: Pensioner) dari suami atau anak (jika suami telah meninggal dunia) yang disahkan Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra beserta IC yang disahkanoleh JPN bagi yang memberi kebenaran.
* Perlu Sijil Nikah yang disahkan oleh Kedutaan Indonesia.