TENTANG KAMI

PENGENALAN

In Saff Travel & Tours Sdn Bhd didaftarkan pada 27 November 2014 dan mula beroperasi pada tarikh 1 Disember 2014 merupakan syarikat perkongsian yang dibentuk oleh empat (4) orang rakan kongsi.

Nama In Saff Travel & Tours Sdn Bhd diilhamkan daripada keempat-empat pengarah yang telah sebulat suara memilih nama ini yang mana In Saff membawa maksud dari tiga (3) bahasa.

Dalam bahasa Melayu membawa maksud dalam keinsafan, dalam bahasa Inggeris In Saff membawa maksud didalam saf manakala dalam bahasa Arab perkataan In Saff membawa maksud keadilan, kesaksamaan dan kesamarataan. Semoga jemaah yang bersama kami mendapat keinsafan hasil kerja secara berkumpulan yang dilaksanakan secara adil dan saksama.

Syarikat kami memilih untuk memberi tumpuan kepada perkhidmatan umrah adalah berdasarkan pengalaman kesemua pengarah yang mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan jemaah umrah di Tanah Suci lebih sepuluh (10) tahun disamping keempat-empat pengarah tersebut merupakan bekas pelajar di Universiti Umm Al-Qura Makkah.