In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd.

Tentang Kami

Kepuasan Mereka Keutamaan Kami

In Saff Travel

In Saff Travel & Tours Sdn Bhd didaftarkan pada 27 November 2014 dan mula beroperasi pada tarikh 1 Disember 2014 merupakan syarikat perkongsian yang dibentuk oleh empat (4) orang rakan kongsi.

Nama In Saff Travel & Tours Sdn Bhd diilhamkan daripada keempat-empat pengarah yang telah sebulat suara memilih nama ini yang mana In Saff membawa maksud dari tiga (3) bahasa. Dalam bahasa Melayu membawa maksud dalam keinsafan, dalam bahasa Inggeris In Saff membawa maksud didalam saf manakala dalam bahasa Arab perkataan In Saff membawa maksud keadilan, kesaksamaan dan kesamarataan. Semoga jemaah yang bersama kami mendapat keinsafan hasil kerja secara berkumpulan yang dilaksanakan secara adil dan saksama.

Mengenai Kami

In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat bumiputera yang tertubuh di atas impian dan cita-cita 4 sahabat yang pernah menimba ilmu di Arab Saudi. Pengalaman berada di Arab Saudi telah mendedahkan mereka kepada urusan yang
melibat jemaah umrah dan haji serta didedahkan dengan pelancongan islamik di serantau Asia Barat

Bagi memenuhi permintaan dan keperluan khususnya dalam sektor kerajaan, korporat dan swasta, maka In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd. tampil menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya penempahan tiket, penempahan hotel, umrah
dan ziarah serta pakej-pakej domestik dan antarabangsa bagi memperkenalkan dunia dan Malaysia khususnya.

Visi & Misi

Visi Kami

Syarikat In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd. menjadi salah sebuah Syarikat Pelancongan Islamik Terunggul Di Malaysia.

Misi Kami

  • Menyediakan khidmat pelancongan yang berkonsepkan islamik.
  • Menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.
  • Memberi perkhidmatan dan layanan mesra dan terbaik untuk pelanggan.
  • Menjadi syarikat pelancongan yang terkenal di seluruh Malaysia.
  • Menjadi role model bagi syarikat pelancongan yang lain.

Rombongan Jemaah In Saff Travel

Tonton video kenangan rombongan jemaah yang telah menunaikan ibadah Umrah bersama kami In Saff Travel

Our Passion

Visi Kami

Syarikat In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd. menjadi salah sebuah Syarikat Pelancongan Islamik Terunggul Di Malaysia.

Misi Kami

1) Menyediakan khidmat pelancongan yang berkonsepkan islamik.
2) Menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.
3) Memberi perkhidmatan dan layanan mesra dan terbaik untuk pelanggan.
4) Menjadi syarikat pelancongan yang terkenal di seluruh Malaysia.
5) Menjadi role model bagi syarikat pelancongan yang lain.

Sijil & Lesen

Cawangan Kami

Rakan Kerjasama