In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd.

Soalan Lazim

Maklumat Am

Soalan 1

Berapakah bayaran deposit & dokumen yang diperlukan untuk menunaikan umrah sekarang?

Jawapan :

Bagi bayaran deposit adalah seperti berikut:
  • Jemaah cuma perlu membuat bayaran deposit sebanyak RM500 sahaja.
Bagi dokumen Jemaah perlu sediakan adalah seperti dibawah:
  • Passport original tarikh luput sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum penerbangan
  • Sediakan sijil vaksinisasi rasmi yang diperolehi melalui aplikasi MySejahtera dan menyerahkan kepada wakil syarikat. Sijil tersebut perlu dibawa untuk semakan di lapangan terbang.
  • 2 keping gambar berukuran passport berlatarbelakang putih.

Soalan 2

Apakah syarat/ tindakan yang perlu Jemaah ambil jika ingin pergi menunaikan umrah pada tahun ini?

Jawapan:

1. Jemaah perlu memastikan lengkap vaksin mengikut umur dan jenis vaksin yang diterima sebelum membuat pendaftaran.

2. Jemaah perlu menyediakan dokumen lengkap.

3. Jemaah perlu memastikan faham polisi pendaftaran dan keseluruhan pakej yang ditawarkan sebelum pendaftaran.

4. Jemaah perlu menghadirkan diri kursus umrah bagi mendapatkan ilmu sebagai persediaan melaksanakan ibadah umrah.

5. Jemaah perlu membawa telefon pintar yang terkini bermula 2018 dan keatas bagi pengguna android manakala Iphone 7 dan keatas bagi pengguna Iphone.

6. Jemaah perlu memastikan kesihatan diri (mental dan fizikal) dalam keadaan baik sehinggalah tarikh penerbanagan.

Soalan 3

Apakah jenis vaksin yang diperlukan untuk menunaikan umrah?

Jawapan:

Jemaah haruslah memenuhi jenis vaksin yang diiktiraf dan diluluskan oleh kerajaan Malaysia (syarat ke luar negara):

  • 2 dos vaksin Pfizer (wajib dapatkan booster bagi warga emas)
  • 2 dos vaksin AstraZeneca (wajib dapatkan booster bagi warga emas)
  • 2 dos vaksin Sinovac (wajib booster)

Soalan 4

Apakah jenis visa yang boleh digunapakai untuk menunaikan umrah?

Jawapan:

1. Terdapat 2 jenis visa yang boleh digunapakai iaitu Visa Umrah dan Visa Pelancong. Untuk makluman In Saff Travel menggunakan visa pelancong.

2. Dibenarkan untuk warganegara Malaysia, Singapura dan Brunei sahaja di kawasan Asia Tenggara yang telah divaksin penuh.

3. Pelanggan berumur 18 tahun ke atas boleh memohon tanpa perlu kepada mahram, manakala pelanggan berumur di bawah 18 tahun boleh memohon bersama penjaga.

4. Visa sah digunapakai selama 1 tahun dari tarikh permohonan. Tempoh maksima dibenarkan tinggal di Arab Saudi adalah selama 3 bulan (90 hari). Visa ini adalah kemasukan berulang (multiple entry).

Soalan 5

Berapa had umur yang boleh pergi ?

Jawapan:

Tiada had umur

Soalan 6

Bila kursus umrah akan bermula ?

Jawapan:

Sejak dari sebelum sempadan belum dibuka kami sudah membuat kursus umrah secara dalam talian di Facebook Page kami In Saff Travel & Tours Sdn Bhd. Terkini program Kursus Umrah secara fizikal dilaksanakan oleh cawangan-cawangan mengikut jadual di seluruh Malaysia. Bagi Kawasan yang jauh dari HQ dan tiada cawangan, kursus umrah juga akan dibuat mengikut permintaan. Jadual dan poster kursus umrah ini akan dikemaskini dari masa ke semasa kepada semua Jemaah yang telah berdaftar dengan In Saff Travel.

Soalan 7

Penerbangan yang digunakan?

Jawapan:

Penerbangan yang In Saff gunakan kebiasaannya adalah Saudi Airlines dan Malaysia Airlines atau pun setaraf.

Bagi Pakej Super Ekonomi sahaja melibatkan penerbangan transit seperti Scoot Airlines ataupun kami akan menggunakan Air Asia atau setaraf.

Soalan 8

Aplikasi Tawakkalna & Eatmarna sangat diperlukan sepanjang keberadaan di Saudi. Apa beza kedua-dua aplikasi ni ?

Jawapan:

Tawakkalna adalah aplikasi memantau kesihatan dan pergerakan pelanggan untuk memasuki masjid dan premis (seperti MySejahtera di Malaysia)

Eatmarna adalah aplikasi untuk memohon permit menunaikan umrah, solat fardhu, menziarahi Raudhah dan Makam Rasulullah SAW.

Pendaftaran untuk kedua-dua aplikasi ini hanya boleh menggunakan nombor telefon Arab Saudi sahaja. Namun bagi sop terkini penggunaan aplikasi ini semakin berkurang.

Soalan 9

Apakah jenis dan cara pembelian sim card Saudi:

Jawapan:

Simkad boleh dibeli di tempat jualan simkad yang akan dibantu oleh Pembimbing Umrah In Saff Travel. Pakej yang ditawarkan adalah pakej Simkad Mobily Saudi seperti di bawah :

  • 4gb 40 SR ( Valid 3 Hari )
  • 12gb 92SR ( Valid 1 Bulan )
  • 25gb 132 SR ( Valid 1 Bulan )

Soalan 10

Apakah jenis dan cara pembelian sim card Saudi:

Jawapan:

1. Kos ujian PCR Covid-19 di Malaysia jika Jemaah ingin membuat PCR.

2. Kos kuarantin jika perlu dikuarantinkan di Saudi.

3. Kos rawatan dan ubat-ubatan di hospital Arab Saudi.

4. Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang.

5. Penggantian nilai barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan timbangan bagasi.

6. Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.

7. Program lawatan ke tempat yang tidak dinyatakan dalam pakej.

8. Makan dan minum yang tidak dinyatakan dalam pakej.

Soalan 11

Pakej In Saff Travel sudah termasuk:

Jawapan:

1. Tiket penerbangan tiba dan balik.

2. Pengurusan visa pelancongan

3. Insurans takaful berkelompok.

4. Barang-barang keperluan umrah mengikut pakej.

5. Jamuan disediakan sewaktu ketibaan & kepulangan makan & minum tertakluk pakej yang diambil.

6. Perkhidmatan mutawif.

7. Sesi ziarah di Madinah & Mekah.

8. Kursus umrah percuma.

Soalan 12

Boleh kah Jemaah dapatkan tentatif perjalanan pakej?

Jawapan:

Sewaktu pendaftaran Jemaah boleh merujuk tentatif umum. Tentatif yang lengkap untuk group pelepasan akan diberikan dalam group Jemaah sebelum tarikh pelepasan. (setelah ada pengesahan penerbangan)

Soalan 13

Adakah In Saff Travel membuka pakej privasi? Bagaimana cara mendapatkan harga dan untuk membuat pendaftaran?

Jawapan:

Ya. Jemaah boleh dapatkan harga pakej privasi melalui ejen sah/ cawangan. Pihak HQ akan keluarkan harga pakej privasi mengikut pemintaan Jemaah.

Soalan 14

Jika Jemaah ingin membatalkan pendaftaran apakah Polisi Pembatalan Pakej?

Jawapan:

Soalan 15

Bagi Jemaah yang tiada pengalaman adakah ada dibimbing untuk ibadah umrah? berapa kali kah ibadah umrah bimbingan mutawwif?

Jawapan:

Ya. Jemaah akan dibimbing oleh mutawif umrah sebanyak 3x/2x mengikut pakej.

Soalan 16

Berapakah harga bagi Jemaah kanak-kanak?

Jawapan:

 

Soalan 17

Nyatakan pakej-pakej yang ditawarkan In Saff Travel?

Jawapan:

Boleh rujuk di link ini Pakej Umrah In Saff Travel

Soalan 18

Apakah barangan yang perlu Jemaah sediakan untuk di bawa ke Saudi?

Jawapan: